Showing posts with label Pedoman. Show all posts
Showing posts with label Pedoman. Show all posts

Saturday, August 24, 2013

For every broken heart, Allah is there



Allah knows what is best for us, so why should we complain? We always want the sunshine but He knows there must be rain.Whatever it is, Allah won’t give you more than you can take. Be strong and know that Allah always understands, and everything happens for a reason. For every broken heart, Allah is there. Remember this.

Wednesday, April 3, 2013

Mudahkan Jangan Susahkan


In the name of Allah, The Most Beneficent, The Most Merciful


It's 11.30 in the night and its raining here. The weather influences me to dance my fingers on the keyboard. May Allah ease an open my mind, let the words and idea to spread some knowledge from what I just read it flow through this post. InshaAllah.

Why life so difficult? Soalan sebegitu memang selalu terdetik dalam hati kan. Tipulah kalau saya cakap manusia tak pernah lari dari masalah. I love this quote, "Bila kesusahan datang, berhenti mengeluh dan fokuslah dalam mencari jalan keluar kepada masalah yang dihadapi" Jika kesusahan itu datang, maka ciptakanlah kemudahan. Jika timbul perkara yang menyusahkan, maka mudahkanlah. berfikirlah dengan cara yang mudah. Dengan izin Allah masalah akan dapat diatasi.

Here is something that I can share from book "Mudahkan, Jangan Susahakan" But I simplify it :
Doa! Doa bukanlah kebiasaan orang yang lemah. Tapi ia adalah senjata dan kekuatan bagi orang yang beriman. Ketika berdoa janganlah kita mengatakan, "Wahai Tuhan, aku mempunyai masalah yang besar." Tetapi katakanlah, "Wahai masalah,aku punya Tuhan Yang Maha Besar."

" Jangan remehkan orang yang berdoa, kerana mereka sedang meminta kepada Yang Maha Kuat. Doa boleh menjadi jalan keluar di tengah tengah kebuntuan upaya manusia. "

Ketika seorang yang beriman berdoa pada Tuhannya, maka dia berdoa dengan satu kenyakinan bahawa sebesar manapun kesusahan yang dihadapinya, makan kesusahan dan masalah itu hanyalah sesuatu yang kecil di hadapan Tuhan. Tapi poerlu ingat, jangan bila kita berdoa segala masalah kita akan akan hilang begitu saja. Ia bergantung pada usaha kita juga untuk mengatasi masalah tersebut.

Jika kita sudah berusaha dan berdoa, tetapi kesusahan masih belum juga berlalu, maka jangan sedih. Tetapkan kesabaran dan cuba lakukan perkara yang boleh mengurangkan kesedihan kita itu. Contohnya, Cuba ingatkan perkara yang boleh membuatkan kita tersenyum, walaupun ia pahit tapi kita cuba. Dah cuba senyum tapi tak boleh jugak? :O Cuba berdamping dengan orang yang banyak tersenyum, dijamin tanpa kita sedar senyuman akan terukir juga dibibir kita. eceh. ;p

" Goncangan emosi boleh menghancurkan seseorang jauh lebih cepat berbanding musibah besar yang memunculkan emosi tersebut. "

Antara cara memastikan agar kesusahan tetap berada di luar diri adalah dengan menjaga emosi. jangan biarkan emosi menguasai diri kita pada saat kesusahan datang. Sewaktu mengahdapai kesusahan, biasanya kita akan cenderung menjadi panik, stress, marah vdan mengalami kesedihan yang melampau. Itu akan mempengaruhi tindakan seterusnya. Cuba kawal emosi dan berusaha untuk kekal tenang.

And to those just received their SPM result, If you have failed to achieve your target, it is not the end of everything. Bear in mind that Allah knows what's best for you. Failing doesn't mean you are a loser. In fact, failure is the best teacher. The reason why Allah makes it is a bit harder for you is to make you a fighter, HE wants you to feel and appreciate the meaning of victory and success. Set your aims and goals, and try harder next time and always remember that nothing great was ever achieved without Allah's help. Sekian, Jazakallah.

Sunday, January 20, 2013

Pray

Hebatnya dan luar biasanya cinta Allah apabila Dia menggunakan ujian dan dugaan yang diturunkan kepada hamba-Nya untuk melihat tingkat ketaqwaan dan kekuatan iman hamba-Nya. Percayalah, apabila diturunkan ujian kepada kita walau seberat mana sekalipun Allah ada bersama kita. Allah tidak memerlukan kita, tetapi kita memerlukan Allah dan Allah sangat mencintai dan menyukai apabila hamba-Nya sujud, menangis, merintih dan meminta pertolongan dariNya. 

Kita mahu Allah tunaikan segala permintaan kita. Tapi, kita selalu ingkar dengan perintah-Nya. Allah sentiasa sabar dengan karenah kita. Tetapi kita sentiasa mengeluh apabila diuji. Allah sentiasa bersama dengan kita dalam apa jua keadaan. Tetapi, adakah kita sentiasa bersama dengan Allah setiap masa ? Kita hanya ingat Allah masa kita susah. Bila kita senang, kita lupa Allah. Hamba jenis apa kita?


You see, when we pray. Allah always answer us. It is either a YES, NO or WAIT. He knows exactly when you will need something. Have you ever experienced those moments where things came along just at the right time? And when we don't get what we want, it is abviously a NO. And there is a reason for that, but only He knows what it is. All I know is that He will never take something away from you without replacing it with something better. Don't ever think He left you aside. Just trust in Him. Walk bf faith and not by sight. 

Just remember one thing. Allah is always with you. He will make everything beautiful at the right place and the right time. You did not come this life with your own will. Also you will not leave this world with your own will. Then why live this life according to your own will? A Muslim is he who submits himself to the will of Allah. Allah will never leave you empty. he will replace everything you have lost if He asks you to put something down. It is because. he wants you to pick up something greater.

Ya Allah... You have seen me at my best and my worst. You have been beside me when I cried, laughed and screamed. You have witnessed my good and evil, my arrogance and humility. You have seen me at every single phase of my life and yet you still give me what I ask for. The words to thank you fail me but I know You understand the gratitude that flows through me. When I bow my head to worship you, I bow my heart in thanks to you


Biar Allah yang tentukan :) Hasbunallah wani'mal wakil.

Sunday, September 23, 2012

Mati Itu Yang terakhir

Pernah tak terfikir, what if one day tiba-tiba kita dapat tahu orang yang kita sayang, sudah tiada dalam dunia ni? Apa yang kita nak buat? Menangis sekuat-kuat hati? Terduduk dan tidak dapat menerima kenyataan? Tidak merelakan kepergian mereka?

Manusia memang selalu leka dengan benda-benda lain di muka dunia ini sehingga mereka lupa untuk memberitahu kepada orang-orang yang mereka sayang betapa sayang nya mereka kepada orang-orang tersebut. Manusia sering 'terlepas' waktu untuk memberitahu mereka. Apabila mereka sudah pergi untuk selama-lamanya, baru lah mereka tersedar. Orang yang mereka sering lupa untuk memberitahu yang mereka sayang, telah pergi dari hidup mereka.

Orang selalu kata, manusia cuma sedar dan hargai sesuatu benda tu apabila benda tu sudah tiada. Tapi untuk aku, aku rasa manusia semuanya sedar yang mereka mempunyai sesuatu yang bernilai tapi jarang untuk tunjuk yang mereka hargai benda tu kerana mereka tidak pernah expect yang mereka akan hilang benda tersebut.


                                     
                                              Dah hilang, baru menyesal. Itu lah kita, MANUSIA.

                                                    
20Sept2012  11:39am

Y      : Saaayyaaaannnnggggg kaaauuuuu!!


Me    : Dah kenapa dengan engkau nie makcik? Tetiba. Anggau dekat aku ker camne.

Y      : Yelahh, aku jela takleh sayang dekat kau. Orang lain boleh. Puiihh.

Me  : Tacingla minah ni..aku pun sayaaang giler dekat kau. Cuma aku jenis pendam. aku tak beterus terang.


Y     : Weh ati, aku nak minta maaf atas salah silap aku sepanjang perkenalan kita dari mula aku kenal kau dari sem1, dari gaduh dengan ko pasal ****, sampai laa nie, sampai di akhir belajar di kolej ni dan sampai ke harinie. Minta halal apa yang terlebih dan terkurang andai aku ada hutang dengan kau dari segi kewangan,perbuatan dan sebagainya. Sila tuntut kalau ada. Aku halalkan segalanya if ada. Maafkan aku andai aku terlupa tarikh penting kau, tapi ingatla aku still kisah pasal sahabat-sahabat. Terima kasih untuk semua kenangan kita bersama. Andai satu hari nanti aku dah takda, sampaikan doa kau untuk aku. Andai aku ada yang terlupa bimbing kau, tolong ingatkan aku. Aku tak buang tebiat, tapi ini semua lahir dari hati aku. Andai aku jauh dari Dia, tarik aku balik. Aku open. Okeylah Ati, aku bangga kenal dengan kau. Aku pergi dulu. Salam alaik. 

 
Me    : *Silence* Air mata meleleh tanpa sedar.

                                          
Jangan ambil mudah atas semua benda. Don't take people who loves you for granted. Because you will never know how it feels like to lose the only person who ever give a shit about you. Who understands you like no one else. Who accept you just the way you are. And who never say or complains anything to you. And jangan ingat setiap hari mereka akan sentiasa ada. Sebab satu hari mereka pasti akan pergi and masa tu semuanya dah terlambat.

Hargai sesuatu itu sebelum terlambat. Ingat, kadang-kadang bila kita tidak tunjuk yang kita hargai seseorang itu, Allah akan menarik mereka dari hidup kita. Kerana Allah sayangkan mereka sehingga Dia tidak mampu untuk melihat mereka disakiti.  Manusia memang penuh dengan kasih sayang. Tapi apa gunanya kalau kasih sayang tu disimpan sorang-sorang? Spread the love, people :) Sekian, Jazakallah.

Wednesday, September 5, 2012

Hijab/Tudung

Perempuan cantik bila memakai tudung - kata seorang lelaki. Memang benar. Wanita semuanya akan kelihatan manis dan lawa apabila kepalanya ditutup litup dengan hijab/tudung. Tapi lebih cantik kalau seorang wanita itu memakai tudung kerana niatnya untuk menutup aurat dan juga kerana Allah. Bukannya sebab lain :)
 
Ada juga sesetengah orang berpendapat, jika kita memakai tudung, makanya kita semua akan terhindar dari kecelakaan seperti dirogol dan lain-lain. Salah tu. Takda apa yang dapat menahan nafsu seorang lelaki selain dari imannya sendiri. Hanya imannya. Bukan tudung, bukan kepandaian seorang wanita. Tapi iman di dada seorang lelaki.

  • Tudung tidak akan protect anda dari dirogol ataupun gangguan seksual.
Ada konsep yang mengatakan, jikalau anda memakai tudung, ianya akan melindungi anda dari segala niat yang tidak elok. Ini sama sekali salah. Sebab aku rasa beribu-ribu wanita yang memakai tudung sering dikatakan menjadi mangsa nafsu. Lelaki rogol bukan kerana cara pemakaian seorang wanita itu walaupun kita sering dengar orang cakap 'Mak aih, bapak la seksi minah ni pakai. Macam mana la tak kena rogol?' - kan? Salah tu.
Tapi lelaki akan merogol apabila dia mendapat 3 ni - kuasa, kawalan dan juga peluang. Tak kisah la perempuan tu pakai seksi macam tak cukup kain, ataupun selabuh-labuhnya jubah perempuan tersebut. Bila dia dah dapat 3 tu, pakaian bukan lagi menjadi faktor.


  • Memakai tudung tidak akan menampakkan anda sebagai seorang yang 'taat' kepada Agama.
Tudung - tidak bererti wanita itu memakai tudung, dia adalah seorang yang taat kepada agama. Sorry kalau kata ini agak keras. Tapi aku hanya lah berkata apa yang aku rasa benar. Hijab does not define you; rather, you define your hijab. Cara anda bergaul dan juga perwatakan anda yang akan menampakkan anda ni seorang wanita yang taat pada agama ataupun tidak. Tudung itu ialah cara-cara untuk kita mengingati diri sendiri untuk selalu melalukan sesuatu kerana Allah. You are supposed to be serving Allah in all of your actions.
Bila korang pakai tudung, patutnya setiap kali korang nak buat sesuatu tu, fikir dua tiga kali dulu, sebab bila orang pandang korang buat benda yang tak elok, itu lagi teruk dari mereka memandang seorang wanita yang tidak menutup aurat. Sebab? Because your actions represent Islam and that includes all Muslim women.

  • Hanya kerana anda memakai tudung, tidak bererti anda lebih baik dari yang lain.
"Orang yang pakai tudung jauh lebih elok dari yang tak pakai tudung" - salah ni. Kalau awak pakai tudung, tak bermaksud awak ni setapak lebih baik dari yang tak pakai. Memang lah kita wanita, wajib menutup aurat. Kadang-kadang tu, disebalik tudung seseorang tu, ada hati yang penuh dengan kekotoran dan juga hasad dengki. Tak bererti seseorang itu tidak memakai tudung, dia jahat. Mindset kita kena betul. Kadang-kadang ada yang pakai tudung sebab nak lelaki tu suka kita. Ada yang kerana ibu bapa paksa. Ada yang kerana Allah. Tapi sebaik-baik wanita itu, wanita yang solehah. Who always make sure she is covered appropriately so that Allah is pleased with her.

  • Tudung tidak akan membuatkan anda dihormati oleh orang ramai.
Macam yang aku cakap kat atas tadi, cara kau bergaul dan juga perwatakan kau yang akan membuatkan orang hormat dekat kau. Kalau seseorang tu berubah dari tidak memakai tudung kepada memakai tudung tapi tidak mengubah cara pergaulan mereka, itu seperti sia-sia. Orang ramai tidak akan hormat anda dengan hanya anda berubah memakai tudung.
Memang benar, bukan semua orang kita dapat puaskan hati mereka, however we can probably please a great deal of people by behaving as good Muslims, not to mention the ultimate pleasure of Allah. Itu jauh lebih elok dari memuaskan hati sejuta orang :)

  • Hijab tidak memberi anda hak untuk jugde orang.
Ni aku nak tekan kan sikit. Dengan hanya memakai tudung, tak lah serta merta menukarkan korang kepada seorang yang taat, bermaruah, modesty dan self-respect. Dan seperti orang lain, kita takde hak untuk judge orang. Hanya Allah sahaja yang berhak mengadili kita - hamba-Nya. Jadi jangan kerana anda memakai tudung, anda merasakan anda berhak judge orang kerana anda alim. Orang alim ialah orang yang tidak putus-putus meningkatkan imannya setiap hari dan tidak pernah mengadili orang-orang disekelilingnya.


* Kita menutup aurat, bukan membungkus aurat. Manusia tidak pernah lari dari kesilapan. Aku buat entri ni sebab nak mengingati satu sama lain, kepada korang semua, dan juga kepada diri aku sendiri. Supaya kita semua akan selalu berada di jalan yang benar dan jalan yang menuju ke Syurga-Nya. May Allah guide us all. Sekian. Jazakallah.

Wednesday, August 1, 2012

Perempuan, Memang Complicated

Perempuan - bila sebut aje, semua akan menggambarkan dia seorang yang lemah. Lemah dalam semuanya. Perempuan sangat lemah. Kami mampu menangis atas sebab-sebab remeh sahaja.Iye. perempuan memang sangat complicated. Complicated dalam segala hal. Senang citer complete complicated lah.

Kenapa perempuan complicated?

1. Kami suka berfikir. 
Dari A sampai ke Z yang kadang-kadang tu Z tu tak pernah pun wujud. Aku rasa memang dah jadi lumrah alam kot wanita ni memang suka memeningkan otak sendiri dengan benda-benda yang tak perlu untuk difikirkan.Macam aku, jujur lah aku cakap. Waktu malam memang waktu aku untuk memerah otak untuk benda-benda yang karut dan tak penting. Lepas dah berfikir panjang, I will put myself into a bad mood. And last-last aku sendiri yang rasa insecure and takut.  Padahal benda takde apa pun sangat. Complicated kan? :O 

2. Kami sering menangis secara tiba-tiba. 
Kitorang ni sebenarnya macam perdana menteri. Banyak masalah dalam kepala ni. So bila semua benda dah bercantum, akan ada tiba satu masa yang mana kitorang akan menangis secara tiba-tiba tanpa ada sebab kukuh untuk menangis pun. Tiba-tiba rasa sedih satu macam, tapi taktahu kenapa boleh menangis. Hakikatnya, kitorang pun taktahu kadang-kadang. Tapi bila dah nangis tu, rasa lega sangat. Rasa macam terlepas satu beban yang sangat berat dalam hati ni. Lepas tu esoknya, sambung balik kutip masalah. Complicated kan? :O 

3. Kami mudah terasa. 
Walaupun atas dasar main-main, kaum wanita sebenarnya senang untuk terasa hati dengan sesuatu. Kadang-kadang benda kecik je, tapi sebab kitorang terasa hati, benda yang sebenarnya kelakar mula-mula terus berubah menjadi tak kelakar lansung. Luar kami nampak ok. "hoho, lawaknya lawak ko nie" tapi dalam hati, terasa macam kena siat siat dengan pisau yang baru diasah tajam. Kira macam nak berlawak pun tak boleh. Tapi nak buat guane, dah kitorang memang macamnie. Kadang-kadang gurauan ada hadnya. Complicated kan? :O 

4. Perempuan ada yang lemah ada yang kuat. 
Bukan semua perempuan itu lemah. Ada jugak yang kuat. Ianya terpulang dengan apa yang mereka sudah lalui di dunia ini. Kerana sesungguhnya, kekuatan seorang wanita itu berasal dari penderitaannya. Kalau korang ada jumpa dengan perempuan yang sentiasa senyum dan ketawa dan yang perangai seolah-olah mereka tiada masalah lansung, jangan tertipu dengan lakonan itu. Mereka itu lah orang-orang yang sedang berusaha untuk menjadi kuat. Mereka itu sedang berpura-pura dengan diri sendiri. Complicated much? :O


Allah suda tetapkan perempuan ini lemah. Jadi jangan pandang kami dengan sesuatu yang membebankan. Walaupun kami sangat merumitkan, tapi kami punyai perasaan. Tolong jangan tumpaskan wanita dengan kata-kata. Wanita memang lemah dengan kata-kata. Kami sanggup turunkan ego, kami tutup dengan hati kami sendiri, kerana itu kata-kata mudah untuk masuk ke dalam hati kami yang penuh dengan kasih sayang. Jadi tolong, jangan gunakan kami dengan kata-kata anda jika anda tidak maksudkan ia. Sekian, Jazakallah.

Sunday, May 6, 2012

Peringatan untuk Aku, Kamu dan Kamu.

Semua orang ada masalah. Bak kata owang-owang putih, everyone has their own problem. Tapi,dalam hadapi masalah nie sume. Korang sepatutnya selitkan sekali rasa grateful. Setiap benda yang berlaku mesti ada hikmahnya.setiap benda yang best berlaku dalam hidup, nak taknak mesti akan terselit benda yang tak best jugak.itulah dinamakan kehidupan.

How to be grateful?

Setiap apa yang buruk jadi kat kau , jangan salahkan takdir. Jangan putus asa and mintak pertolongan dari Allah . Untuk diri aku sendiri supaya setiap kali masalah walaupun kecik gila , jangan give up , dont stop hoping, dont stop believing, don't stop praying. mintak Allah ampunkan dosa kau , Mintak Allah tingkatkan iman kau supaya kau tak buat kerja lagi bahalol dan mintak Allah kuatkan hati kau, diri kau.

Aku taknak putus asa walaupun ada satu tahap , aku akan hanya mampu duduk bersimpuh ayu dan mintak Allah tabahkan hati aku yang lembik macam jeli ni. Sebab aku taknak aku miss benda best yang akan jadi dekat aku lepas aku dah tempuh ujian yang Allah bagi. Dan aku takde reason untuk give up sebab aku boleh ubah benda itu dan aku masih ada keluarga dan kawan kawan yang sayang aku.

 Dan sekalipun aku ingat benda lepas dan tangisi tentang perkara tu , aku tak mahu kata , "kalaulah" , aku tak mahu mintak tuhan untuk berikan benda itu balik. Kadang-kadang aku Cuma mengharap dapat yang terbaik.

Jangan putus asa sayang sayang ku. Walaupun aku pun sama macam orang lain.Ye aku nie kuat nangis. Dan aku akan menangis , sepuas puasnya  dan cuba berfikiran waras dan enjoy balik hidup aku.sebab sayang kalau hidup aku just bazir untuk keluarkan air mata, air mata itu mahal. Tapi aku percaya,gelak tawa itu lagi bagi impak yang besar. Tak ke indah nya hidup bila sebab gelak tawa korang, orang lain rasa terhibur sekali? And and and and mana lagi best? :’)

Alhamdulillah. Alhamdulillah dengan kehidupan sekarang. Alhamdulillah selesai dah di spot check dengan lecturer minggu lepas. Orang kata kalau pakai kaler oren ada "ong". Betul lah kot sebab haritu lecturer siap puji aku. Die cakap aku sweet.wakaka..itu dusta. Sila jangan percaya.. Sekian. Doakan saya.

Friday, December 16, 2011

I LOVE YOU !



tak ker hebaakk kata-kata nie. tapi, ingatlah wahai wanita! tolong "mahal" kan diri anda..tolong "tinggi"kan maruah dan imej anda.‎ 

 wahai lelaki, ingatlah, "Haram mengambil seseorang wanita sebagai kekasih jika niat bukan untuk mengahwininya"

 bercinta memang indah. tapi jangan sampai cinta manusia menandingi cinta kepada DIA.