In the name of Allah, The Most Beneficent, The Most Merciful
It's 11.30 in the night and its raining here. The weather influences me to dance my fingers on the keyboard. May Allah ease an open my mind, let the words and idea to spread some knowledge from what I just read it flow through this post. InshaAllah.
Why life so difficult? Soalan sebegitu memang selalu terdetik dalam hati kan. Tipulah kalau saya cakap manusia tak pernah lari dari masalah. I love this quote, "Bila kesusahan datang, berhenti mengeluh dan fokuslah dalam mencari jalan keluar kepada masalah yang dihadapi" Jika kesusahan itu datang, maka ciptakanlah kemudahan. Jika timbul perkara yang menyusahkan, maka mudahkanlah. berfikirlah dengan cara yang mudah. Dengan izin Allah masalah akan dapat diatasi.
Here is something that I can share from book "Mudahkan, Jangan Susahakan" But I simplify it :
Doa! Doa bukanlah kebiasaan orang yang lemah. Tapi ia adalah senjata dan kekuatan bagi orang yang beriman. Ketika berdoa janganlah kita mengatakan, "Wahai Tuhan, aku mempunyai masalah yang besar." Tetapi katakanlah, "Wahai masalah,aku punya Tuhan Yang Maha Besar."
Doa! Doa bukanlah kebiasaan orang yang lemah. Tapi ia adalah senjata dan kekuatan bagi orang yang beriman. Ketika berdoa janganlah kita mengatakan, "Wahai Tuhan, aku mempunyai masalah yang besar." Tetapi katakanlah, "Wahai masalah,aku punya Tuhan Yang Maha Besar."
" Jangan remehkan orang yang berdoa, kerana mereka sedang meminta kepada Yang Maha Kuat. Doa boleh menjadi jalan keluar di tengah tengah kebuntuan upaya manusia. "
Ketika seorang yang beriman berdoa pada Tuhannya, maka dia berdoa dengan satu kenyakinan bahawa sebesar manapun kesusahan yang dihadapinya, makan kesusahan dan masalah itu hanyalah sesuatu yang kecil di hadapan Tuhan. Tapi poerlu ingat, jangan bila kita berdoa segala masalah kita akan akan hilang begitu saja. Ia bergantung pada usaha kita juga untuk mengatasi masalah tersebut.
Jika kita sudah berusaha dan berdoa, tetapi kesusahan masih belum juga berlalu, maka jangan sedih. Tetapkan kesabaran dan cuba lakukan perkara yang boleh mengurangkan kesedihan kita itu. Contohnya, Cuba ingatkan perkara yang boleh membuatkan kita tersenyum, walaupun ia pahit tapi kita cuba. Dah cuba senyum tapi tak boleh jugak? :O Cuba berdamping dengan orang yang banyak tersenyum, dijamin tanpa kita sedar senyuman akan terukir juga dibibir kita. eceh. ;p
" Goncangan emosi boleh menghancurkan seseorang jauh lebih cepat berbanding musibah besar yang memunculkan emosi tersebut. "
Antara cara memastikan agar kesusahan tetap berada di luar diri adalah dengan menjaga emosi. jangan biarkan emosi menguasai diri kita pada saat kesusahan datang. Sewaktu mengahdapai kesusahan, biasanya kita akan cenderung menjadi panik, stress, marah vdan mengalami kesedihan yang melampau. Itu akan mempengaruhi tindakan seterusnya. Cuba kawal emosi dan berusaha untuk kekal tenang.
1 comment:
love this entry :) jgn sushkan, kite ade yg maha kuasa =))
Post a Comment