Sunday, September 23, 2012

Mati Itu Yang terakhir

Pernah tak terfikir, what if one day tiba-tiba kita dapat tahu orang yang kita sayang, sudah tiada dalam dunia ni? Apa yang kita nak buat? Menangis sekuat-kuat hati? Terduduk dan tidak dapat menerima kenyataan? Tidak merelakan kepergian mereka?

Manusia memang selalu leka dengan benda-benda lain di muka dunia ini sehingga mereka lupa untuk memberitahu kepada orang-orang yang mereka sayang betapa sayang nya mereka kepada orang-orang tersebut. Manusia sering 'terlepas' waktu untuk memberitahu mereka. Apabila mereka sudah pergi untuk selama-lamanya, baru lah mereka tersedar. Orang yang mereka sering lupa untuk memberitahu yang mereka sayang, telah pergi dari hidup mereka.

Orang selalu kata, manusia cuma sedar dan hargai sesuatu benda tu apabila benda tu sudah tiada. Tapi untuk aku, aku rasa manusia semuanya sedar yang mereka mempunyai sesuatu yang bernilai tapi jarang untuk tunjuk yang mereka hargai benda tu kerana mereka tidak pernah expect yang mereka akan hilang benda tersebut.


                                     
                                              Dah hilang, baru menyesal. Itu lah kita, MANUSIA.

                                                    
20Sept2012  11:39am

Y      : Saaayyaaaannnnggggg kaaauuuuu!!


Me    : Dah kenapa dengan engkau nie makcik? Tetiba. Anggau dekat aku ker camne.

Y      : Yelahh, aku jela takleh sayang dekat kau. Orang lain boleh. Puiihh.

Me  : Tacingla minah ni..aku pun sayaaang giler dekat kau. Cuma aku jenis pendam. aku tak beterus terang.


Y     : Weh ati, aku nak minta maaf atas salah silap aku sepanjang perkenalan kita dari mula aku kenal kau dari sem1, dari gaduh dengan ko pasal ****, sampai laa nie, sampai di akhir belajar di kolej ni dan sampai ke harinie. Minta halal apa yang terlebih dan terkurang andai aku ada hutang dengan kau dari segi kewangan,perbuatan dan sebagainya. Sila tuntut kalau ada. Aku halalkan segalanya if ada. Maafkan aku andai aku terlupa tarikh penting kau, tapi ingatla aku still kisah pasal sahabat-sahabat. Terima kasih untuk semua kenangan kita bersama. Andai satu hari nanti aku dah takda, sampaikan doa kau untuk aku. Andai aku ada yang terlupa bimbing kau, tolong ingatkan aku. Aku tak buang tebiat, tapi ini semua lahir dari hati aku. Andai aku jauh dari Dia, tarik aku balik. Aku open. Okeylah Ati, aku bangga kenal dengan kau. Aku pergi dulu. Salam alaik. 

 
Me    : *Silence* Air mata meleleh tanpa sedar.

                                          
Jangan ambil mudah atas semua benda. Don't take people who loves you for granted. Because you will never know how it feels like to lose the only person who ever give a shit about you. Who understands you like no one else. Who accept you just the way you are. And who never say or complains anything to you. And jangan ingat setiap hari mereka akan sentiasa ada. Sebab satu hari mereka pasti akan pergi and masa tu semuanya dah terlambat.

Hargai sesuatu itu sebelum terlambat. Ingat, kadang-kadang bila kita tidak tunjuk yang kita hargai seseorang itu, Allah akan menarik mereka dari hidup kita. Kerana Allah sayangkan mereka sehingga Dia tidak mampu untuk melihat mereka disakiti.  Manusia memang penuh dengan kasih sayang. Tapi apa gunanya kalau kasih sayang tu disimpan sorang-sorang? Spread the love, people :) Sekian, Jazakallah.

8 comments:

dee said...

betul. :)

sayang kau juga!

Anonymous said...

Assalamualaikum izzati. Saya suka baca semua entri awak. saya sebenarnya silent reader awak saja sebelum ni. Tapi lately entri awak suma macam tengah besedih saja. tak sehepi dulu. are u ok? maaf kerana bertanya.

Izzati Tatie said...

anon : wsalam.eh tak hepi? xdelah..perasaan awak je tu.hehe.bdway,terima kasih sebab sudi baca :)

Mr.Superman said...

kalau awk perlukn seseorg nk mengadu awk tahu awk ada sy. :)sentiasa ada.

Izzati Tatie said...

(^____^)

Nurul Iman Rosman said...

adoyaiii, zatie. awak dah buat saya leleh leleh air mata :'(

sebab iman ade kawan ni, kitorang bestfriend dari zaman sekolah lagi. then, nak kat spm ada konflik.

start dari situ kitorang jarang sangat dah contack each other. lepas 4 tahun, iman confess, cerita jujur dengan dia, say sorry.

And alhamdulillah, semua dah settle. Back to normal. Alhamdulillah sangat2. :')

Unknown said...

jgn laa sdh2 be happy my friend..^.^ hehe... ^.^

Aien Zainal said...

Betul... Kadang2 kita tak sedar yang orang sekeliling kita sangat bermakna untuk kita, Tapi bila dah tak de dengan kita, baru kita rasa kehilangan dia... Beru terkenang kan dia...
Like what i feel right now... =)