Wednesday, September 5, 2012

Hijab/Tudung

Perempuan cantik bila memakai tudung - kata seorang lelaki. Memang benar. Wanita semuanya akan kelihatan manis dan lawa apabila kepalanya ditutup litup dengan hijab/tudung. Tapi lebih cantik kalau seorang wanita itu memakai tudung kerana niatnya untuk menutup aurat dan juga kerana Allah. Bukannya sebab lain :)
 
Ada juga sesetengah orang berpendapat, jika kita memakai tudung, makanya kita semua akan terhindar dari kecelakaan seperti dirogol dan lain-lain. Salah tu. Takda apa yang dapat menahan nafsu seorang lelaki selain dari imannya sendiri. Hanya imannya. Bukan tudung, bukan kepandaian seorang wanita. Tapi iman di dada seorang lelaki.

  • Tudung tidak akan protect anda dari dirogol ataupun gangguan seksual.
Ada konsep yang mengatakan, jikalau anda memakai tudung, ianya akan melindungi anda dari segala niat yang tidak elok. Ini sama sekali salah. Sebab aku rasa beribu-ribu wanita yang memakai tudung sering dikatakan menjadi mangsa nafsu. Lelaki rogol bukan kerana cara pemakaian seorang wanita itu walaupun kita sering dengar orang cakap 'Mak aih, bapak la seksi minah ni pakai. Macam mana la tak kena rogol?' - kan? Salah tu.
Tapi lelaki akan merogol apabila dia mendapat 3 ni - kuasa, kawalan dan juga peluang. Tak kisah la perempuan tu pakai seksi macam tak cukup kain, ataupun selabuh-labuhnya jubah perempuan tersebut. Bila dia dah dapat 3 tu, pakaian bukan lagi menjadi faktor.


  • Memakai tudung tidak akan menampakkan anda sebagai seorang yang 'taat' kepada Agama.
Tudung - tidak bererti wanita itu memakai tudung, dia adalah seorang yang taat kepada agama. Sorry kalau kata ini agak keras. Tapi aku hanya lah berkata apa yang aku rasa benar. Hijab does not define you; rather, you define your hijab. Cara anda bergaul dan juga perwatakan anda yang akan menampakkan anda ni seorang wanita yang taat pada agama ataupun tidak. Tudung itu ialah cara-cara untuk kita mengingati diri sendiri untuk selalu melalukan sesuatu kerana Allah. You are supposed to be serving Allah in all of your actions.
Bila korang pakai tudung, patutnya setiap kali korang nak buat sesuatu tu, fikir dua tiga kali dulu, sebab bila orang pandang korang buat benda yang tak elok, itu lagi teruk dari mereka memandang seorang wanita yang tidak menutup aurat. Sebab? Because your actions represent Islam and that includes all Muslim women.

  • Hanya kerana anda memakai tudung, tidak bererti anda lebih baik dari yang lain.
"Orang yang pakai tudung jauh lebih elok dari yang tak pakai tudung" - salah ni. Kalau awak pakai tudung, tak bermaksud awak ni setapak lebih baik dari yang tak pakai. Memang lah kita wanita, wajib menutup aurat. Kadang-kadang tu, disebalik tudung seseorang tu, ada hati yang penuh dengan kekotoran dan juga hasad dengki. Tak bererti seseorang itu tidak memakai tudung, dia jahat. Mindset kita kena betul. Kadang-kadang ada yang pakai tudung sebab nak lelaki tu suka kita. Ada yang kerana ibu bapa paksa. Ada yang kerana Allah. Tapi sebaik-baik wanita itu, wanita yang solehah. Who always make sure she is covered appropriately so that Allah is pleased with her.

  • Tudung tidak akan membuatkan anda dihormati oleh orang ramai.
Macam yang aku cakap kat atas tadi, cara kau bergaul dan juga perwatakan kau yang akan membuatkan orang hormat dekat kau. Kalau seseorang tu berubah dari tidak memakai tudung kepada memakai tudung tapi tidak mengubah cara pergaulan mereka, itu seperti sia-sia. Orang ramai tidak akan hormat anda dengan hanya anda berubah memakai tudung.
Memang benar, bukan semua orang kita dapat puaskan hati mereka, however we can probably please a great deal of people by behaving as good Muslims, not to mention the ultimate pleasure of Allah. Itu jauh lebih elok dari memuaskan hati sejuta orang :)

  • Hijab tidak memberi anda hak untuk jugde orang.
Ni aku nak tekan kan sikit. Dengan hanya memakai tudung, tak lah serta merta menukarkan korang kepada seorang yang taat, bermaruah, modesty dan self-respect. Dan seperti orang lain, kita takde hak untuk judge orang. Hanya Allah sahaja yang berhak mengadili kita - hamba-Nya. Jadi jangan kerana anda memakai tudung, anda merasakan anda berhak judge orang kerana anda alim. Orang alim ialah orang yang tidak putus-putus meningkatkan imannya setiap hari dan tidak pernah mengadili orang-orang disekelilingnya.


* Kita menutup aurat, bukan membungkus aurat. Manusia tidak pernah lari dari kesilapan. Aku buat entri ni sebab nak mengingati satu sama lain, kepada korang semua, dan juga kepada diri aku sendiri. Supaya kita semua akan selalu berada di jalan yang benar dan jalan yang menuju ke Syurga-Nya. May Allah guide us all. Sekian. Jazakallah.

5 comments:

starzieti said...

suke entry nih. :D

*bile kite ade perasaan malu. itulah hijab kite kan. sebab tanpe perasaan malu kite akan buat ape je yg kite suke. :D

betulkan klo tersilap yer. :)

Anis Adila Aris said...

good entry..
nak menggambarkan yang bertudung tak semestinya sempurna, banyak lagi kekurangan dalam diri.
InsyaAllah akan dibaiki :)

Nurul Iman Rosman said...

same lah, suke sangat entry ni.

buat iman insaf. alhamdulillah, jom jom baiki diri kita semua.

Anonymous said...

Nice entry.

Tp secara tak langsung, awk baru je judge org yg bertudung. Hati org hanya Allah yg tahu. Tak perlu kita nk teka2 ikhlas atau tak dia bertudung.

By bertudung, I mean menutup aurat sepenuhnya. Kalau bertudung, baju ketat n etc, itu bukanlah menutup aurat. So itu dh sama dgn yg tak bertudung.

Allah akan melindungi hamba-Nya yg beriman, insyaAllah, kalau kita bergantung pada Allah.

Nk tunggu ikhlas tu, smpai bila pun tak jadi ape2. Same la dgn solat dan ibadah wajib yg lain. Menutup aurat ni satu kewajipan, ikhlas tak ikhlas kita kene laksanakan juga. InsyaAllah, atas paksaan diri tu, kita akan rasa ikhlas untuk lakukan sesuatu utk Allah. Kita akan ikhlas automatically utk menutup aurat kerana Allah.

Segala yg baik itu drp Allah, dan yg buruk itu dr kita sbg hambanya yg lemah. :)

Anonymous said...

sebenarnya saya tak sokong bila org ckp orang tak pakai tudung pon tkpe, biar die pakai tudung kerana Allah.. tapi

kite kene tahu, kite kene bermula dengan mmaksa, kerana itulah di gelar sebagai ujian didunia. Allah bagi ujian kite buat ape yang patut.

sekurang-kurangnye org yg pakai tudung tu die dah melengkapkan 1 benda yang Allah suruh.. mungkin die pakai tudung tapi ketat, kene ingt jugak yang takpakai tudung ngn longgar tu dah jelas aurat die ditayang, tapi yg ketat tu belum tentu nampak sebutir demi sebutir :)